May 20, 2013

Kisah Seram Di McDonal's

Dear Bloggy

Kebelakangan ni asyik wat entry pasal hal peribadi je manjang, mesti korang pun dah bosan nak baca yer dak... Lagipun blog ni just for fun, dan memang penulisan dia banyak mengenai hal peribadi... bukannya nak suruh semua manusia tahu ape yang kita buat, lagi sekali just for fun, dan nama blog pun aku dan realiti, so kenalah dengan tema penulisan yer dak...

Dah lama tak wat entry pasal menda lain,
kadang takde idea nak menulis, kepala otak asik di bebani masalah jer
tapi ada sesetengah pihak telah salah anggap dengan cara penulisan gua dekat sini
dia siap pesan lagi, kau nak tulis blog tu tolong tapis sikit boleh, habis semua benda kau nak tulis.
then, kalau berbulu mata nak baca tu hah butang (X) ada kat sebelah atas tu
tak suruh pun baca, so tayah nak rasa berbulu mata sangat hokay

Ni pasal kes gua pergi makan kat Mekdi beberapa hari lepas
time tu gua lepak dengan member comolot gua
gua oder 2 Double beef Mc Pepper
Lokasi dia di Alamanda yer kawan-kawan

 Double Beef McPepper

Gua oder set large, tapi dapat set kecik, Sebab belom blah dari counter tu gua pun panggil budak yang serve gua tu, bagi tahu tadi oder set large kenapa bagi set kecik...? Then lepas dia tarik muka tak puas hati dia tukar set burger tu.... and more member gua oder coke dan gua oder coffee...

Lepas dapat ape yang di oder gua duduk, baca bismillah, buka lid coffee nak letak gula sama creamer, boleh tak kalau gua nak sumpah seranah budak yang serve gua tu, sebab dia bagi gua teh... memang celaka yang agak tak patuut lah... Gua oder coffee, dalam resit tu pun tulis coffee... gua nak pergi tukar air tu nampak que yang beratur ramai sangat, nak tanak terpaksa jugak gegeh beratur sebab gua tak minum sangat teh tu... Dekat sepulohminit jugak la que macam orang bodoh sebab nak tukar air, nak cut que yang jaga counter hari tu 2 orang jer, karang marah pulak yang berator lama tu...

Ingat nak jer direct kat manager dia, tapi fikir kesian pulak, memandangkan runner pun tak ramai hari tu, mebey diorang penat kot.. tak leh salahkan diorang jugak, mana boleh gua give and take tu kira tutup mata lah, gua bukan kejam sangat..

Then semalam gua pergi lagi ke Mcd yang sama, tapi menu yang berbeza, sebab gua sorang so gua takeaway je lah, gua oder set Large Double Spicy Chicken McDeluxe.. Ni hah bill pun ada lagi ni.

Double Spicy Chicken McDeluxe
Sila click untuk tumbesaran hakiki

Sebab time tu promosi lunch hour yang biasa tak silap Rm6 ++ kot kalau double dekat Rm16 ++ gua bukan jenis nak bagi tahu gua ni makan berkira, Kalau yang biasa keluar dengan gua mesti tahu kalau bab makan ni gua cemana.. 

Sampai rumah bukak kotak, dapat burger biasa, takdenya double-double bagai tu, dah la bagi french fry supposes ada serbuk shaker, dapat paper bag untuk shaker je, serbuk dia tak letak sekali... Siyes rasa nak patah balik jer pergi mekdi tu cakap direct kat manager dia... Dah la gua bayar harga burger untuk harga double salah bagi, french fry pulak takde shaker... duit tak kisah, tapi tekak aku ni kisah sebab oder lain dapat lain.

Double Spicy Chicken lah sangat

Gua faham meybe diorang penat kena serve ramai costumer, sebab gua pun kerja dalam FNB jugak, tapi kalau dah banyak kali gua kena dan tempat pulak tempat sama, memang kohajor la kan.. Sedih bettei rasa.


Dan beberapa bulan lalu gua makan dekat McD Metro kajang, serve pun macam fap...fap...fap.. jugak, sorry carut sikit... Gua oder set Big Mac tapi air gua tukar Coffee... Lepas diorang dah cash, tetibe kat belakang jerit coffee dah habis, gua dok perati teko coffee dari tadi lagi, memang dah habis, tinggal teh jer. Tapi gua tahu stock mesti ada, sebab ni time lunch hour tak mungkin habis, cuma staff diorang malas nak bergerak topup baru... 

Gua cakap takpe lah, coffee takde gua amik burger je lah, duit air tu simpanlah gua sedekah, sambil niat nak menyindir... bukan dorang takleh bancuh lain paling pun 10min je kan, gua sajer je nak tengok respon staff kat situ.. Gua nampak manager dia lalu sebab gua dok tepi tangga nak menghala ke tingkat atas, Gua amil amik Sugar dengan creamer banyak2 pastu letak kasi bersepah dalam tray depan gua, 

Kebetulan manager dia lalu dan ternampak, siap berhenti lagi dekat gua, Dia tanya sedap ke minum coke campur creamer..? gua ape lagi mengayat la kerja gua.

McDonals premium roasted coffee

Takde lah, tadi oder coffee, tapi your staff cakap coffee habis, so i ingat nak makan jer lah creamer ni campur dalam burger, i tak minum air lain, coffee takde takpe lah kan... Memang proppa sangat budak isaac ni kalau nak kenakan orang khen..

Manager dia amik bill atas tray tu, pastu terus masuk dalam counter... tak tahu lah ape terjadi kat dalam tu, tetibe keluar segelas air coffee yang gua nanti-nanti.. hahahaha... bravo-bravo..

pastu sebagai tanda dia mintak maaf dia kasi satu lagi set Big Mac dengan Coffee take away.. kenyang gua hari tu.... Rasanya manager mekdi tu dah tukar kot sekarang, sebab gua pergi tengok orang lain dah take over..  

Nak cerita memang banyak lagi, tunggu jer lah kisah seram di McDonal's siri 2 pulak. hahahaha...

May 15, 2013

Selamat Tinggal Alamanda

Salam......

Minggu ni langsung takde mood nak berblog mahupun nak jumpa sesape lagi... sebab kepala masih lagi stress dengan benda yang tak patut terjadi...

 Alamanda

13 Mei Gua last kerja dekat Thai Cuisine tu.. Ramai member tanya kenapa kau nak berhenti, gaji kecik ke..? penat ke..? gaduh dengan member kerja ke..?

Dan jawapan dia untuk semua tu adalah TIDAK.
Gua berhenti sebab gua nak cari benda lain dalam hidup gua
Kalau boleh gua nak keluar dari kepongpong hidup ni
Bukan gua tak bersyukur dengan rezeki yang gua ada sekarang
kadang hidup ini perlukan suatu pengorbanan

 Thai Cuisine Alamanda

Like my mom said
"if you want to successes in your life, you need to go out from your comfort zone"
"And always thinking out from your mind box"

And mom, thanx for remainding me again and again
dan sekarang gua cuba untuk pergi jauh dan challenge my own self.
Gua bukan nak mengharapkan segulung diploma yang gua pegang sekarang.
dengan diploma tu tak akan bawa gua kemana pun kalau fikiran kita masih kolot
nak di ikotkan lepasan ijazah dalam dunia ni sangatlah bersepah ya robbi
dan kalau semua orang nak berkerjaya dan memiliki pangkat serta nama yang besar habis kat dalam dunia ni siapa nak jadi cleaner..? siapa nak jadi tukang kebun sekolah..? siapa nak jadi pemandu taxi..?
Gua bukan nak melemparkan hujah-hujah dengan tanda tanya yang bersepah untuk korang jawab,
gua cuma nak bagi tahu tuhan jadikan manusia semua level tak sama
kalau semua manusia pandai, pasti tiada orang yang sanggup nk kerja yang kotor-kotor kan..?
"Correct me if I'm wrong"

Tujuan gua kali ini bukan nak memburukkan majikan gua yang lama tu, Kalau boleh gua tanak cerita tentang apa yang dia sudah lakukan sampai gua rasa nak berhenti kerja, Biar gua mengalah, gua keluar dan gua cari rezeki yang halal kat tempat lain, serta jumpa seorang majikan yang jujur.

Abang tayah la dok risau, walaupun mulut gua ni kadang busuk macam longkang gua tetap akan simpan semua rahasia antara kita.. ececece kemain macam feling tengah bercinta je...

Hala tuju gua lepas ni masih belum pasti, mungkin akan mengemis dengan segulung diploma yang tidak pasti ada rezeki ni, atau mulakan hidup baru gua. nak bangun semula setelah jatuh dari tempat tinggi ni bukan perkara mudah, gua perlukan sokongan dari semua orang. Semangat korang yang akan bangunkan gua kembali, Ingat satu je pesan mummy kalau dalam hati kita ada sifat jujur dan tidak ada niat nak menjatuhkan orang, insyallah kemana pun kita pergi pasti orang akan sayang.

Dengan simpanan sekarang ni, gua rasa tak cukup untuk gua buka balik Sri Desa Bakery, Untuk gua mulakan balik setelah 2 tahun gua berhenti, Tapi gua percaya satu je, pasti ada rezeki suatu hari nanti... Semoga perjalanan hidup gua lepas ni lebih berkah, semoga tempat kerja baru gua nanti akan ada ruang untuk gua beribadah kepada tuhan, semoga juga majikan gua nanti adalah dalam kalangan orang yang baik-baik juga. Setiap yang berlaku adalah kehendak tuhan, tapi tuhan gunakan manusia sebagai perantaraan untuk dia  meletakkan kita dimana kita berada sekarang. jangan mengeluh, dan jangan resah, terus bangun dan bersemangat.

Mungkin dengan logo ini dapat kembalikan semangat gua balik.

Dan pada mereka.
Abang Adam
Abang Ijal
Abang Bidin
Abang Ghozen

Sorry kalau sepanjang gua kerja dengan korang semua, gua banyak buat hal, selalu datang lambat, selalu marah korang, Taching dengan korang, Dan korang dok mengata gua kat belakang bukan gua tak dengar, Harap lepas ni kita boleh jumpa lagi.

Kepada Abang gua yang sempoi tu, Mr Yuzalman sorry bro, Saya dah tak kerja dengan abang  lagi, hope abang akan terus berjaya dengan kerjaya abang, dan akan dapat pekerja yang jauh lagi bagus dari saya. Ada masa, panjang umur kita jumpa lagi, mungkin buka kedai kat kota bharu sana.


Gua rasa dah macam sinopsis cerita Anak Din Biola dah ni dalam buku sastera Form 1. hahaha.. Semua orang nak ending life dia dengan baik yer dak..? berakhir dengan happy ending, bersama mak ayah serta anak bini.. orang gila jer nak hidup susah selamanya.. ok lah... selamat bercuti panjang untuk diri gua, kalau ada coverage kat Phuket sana nanti gua sambung update blog ni, kalau takde jawabnya tunggu saje gua pulang ke Malaysia, hahaha gigih gua felling nak ke Phuket ni, kau mampo...?

Akhir kata sambutlah serangkap pantun yang ayat dia tak berapa nak jiwa sangat.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh kerja saya lakukan,
suruh mencuri saya tak mahu.

Amacam RARE tak pantun gua..?
#Rebah tepi batas ubi.. kah kah kah.

May 10, 2013

Tabiat Pelik | Korang Ada..?

Hello korang...

well kali ni gua nak cerita sikit pasal tabiat pelik.
semua orang ada tabiat pelik yer dak..?
ada yang jenis suka cium barang pastu baru beli
ada yang jenis besok nak exam malam ni baru gegeh nak membaca, ni kira tabiat juga ya,
kadang ada juga yang suka tiru orang pun ada,
aku beli tivi nak beli tivi
aku beli lemari kau nak beli lemari
ape kau takde hobi lain ke wei...?
hahahahahaha..... macam tenggiling jer perangai.

Ada member gua yang sorang ni suka hins-hins seluar dalam yang dah kering dibasuh, pelik kadang gua nengoknya,
dekat sekolah dulu member gua si hadi tu suka korek hidung pastu calit bawah meja,
pernah sekali terjumpa khazanah dia bawah meja sebab masa exam gua kena tukar dengan meja hadi,
dan time tu memang gua carut dia tahap dewa lah, celaka tak patut punt punya kawan wei.



Tapi ini kali gua nak cerita gua punya tabiat pelik,
pelik la kot bagi manusia normal macam gua ni,
Sejak bila aku normal ni, hahaha selalu gila je.

1- Wajib tukar atlease 2x baju atau seluar sebelom keluar rumah.

2- Pantang jumpa cermin.

3- Akan susun duit dalam wallet ikut turutan dan kepala agong.

4- Kalau beli barang suka ambil yang paling belakang, sebab orang tak usik lagi.

5- Sukar memilih. Sape pernah shopping ngan gua dia tahu.

6- Sanggup tak beli kalau barang yang dikehendaki takde warna pilihan hati.

7- Gua kidal, tapi menulis tangan kanan.

8- Kadang time packing barang mesti check sampai 4-5 kali walau dah tahu barang tu tidak tertinggal.

9- Gua baca surat kabar atau majalah mesti dari belakang dulu. Kecuali Novel atau buku sekolah je.

10- Suka baca encyclopedia yang tulisan dia panjang-panjang.

11- Suka bercakap dengan kucing, suka kat binatang yang berbulu

12- Pantang nampak logo PERCUMA mesti nak beli

13- Tak suka duit syiling. kadang balance seposen gua sedekah je kat makcik kedai tu.

Gua juga di gemari dikalangan anty-anty serta perempuan yang berusia. Diorang kata gua ni pandai amik hati, ni nak kira tabiat pelik ke buang tebiat ni..?

eheeerrm.... cough...cough.. uhuks... gimme-gimme  batuk jap.
tersedak beskot cipsemore.
ni tabiat jugak suka mengunyah sebelom tido.
so kalau korang ada tabiat atau tebiat nak share boleh la share ngan kekitew ni.

ok la wei, dah tengah malam ni, sebabnya malam jer ada masa nak ber blogwalking belog orang, siang mak kerja. OOH ya, lupa nak update pasal majlis hari jadi tempih tempoh hari ada dalam draft.. nantilah kalau ingat besok,

Gua nak mention pada kengkorang semua :
Masria
Aremin Olswen
Sepol

Rafi
Azue ( Cik Cinta )
Abang Adam
Ingat nak buat Birthday party lagi sekali, nak sambut birthday korang yang dah lepas tu kan, ye la takde kek kan hari tu.. so do keep in SENTOH all. Nanti kita main tukar-tukar hadiah ok.

May 3, 2013

Beban Kerja Menyentap Jiwa

salam..........

Hye bloggy..... jumpa lagi kali ni.... hari ni ada masa terluang sikit, so boleh la menulis.

1. Nak ikotkan dalam dunia ni semua orang ada masalah yer dak..? tipi tipulah kan kalau kata hidup tak pernah ada masalah... Ada sesetengah orang suka share masalah dia dengan kawan tak pun jenis yang pendam sorang, bagi gua sendiri, gua suka share dengan kawan bukan share tu maksudnya nak bagi satu dunia tahu kau tu ada masalah dan nak suruh orang kesian kan kau, tu memang perangai itik sangat yu'olls... Gua just kongsi sikit dengan kawan, and tanya pendapat diorang, Even kawan tu tak membantu atlease kita rasa lega sikit... Ok dah cukup bab masalah.

Life ni simple, jadi takyah lah jadi macam itik psyco sangat

2. Last week gua saje acah-acah manja member gua yang juga asistang assistant manager kat sebuah hotel kat malaysia ni..Gua cakap nak cari kerja, receptionist pun takpe, hehehe... Dan beberapa hari lepas dia call suruh gua datang enterbiew, bawak resume sekali, dan berpakaian kemas, dan dia cakap gua memang dapat jawatan tu, sebab dia yang introduce gua dekat senior manager dia... dan memandangkan hari tu tak cuti, dan masa nak gi interbiw tu gua terpaksa potong rambut... jadi, jadi, jadi kesudahan dia gua cakap sijil semua kat rumah, pastu takleh tinggal kedai sebab tak cukup orang... Sorry azuwan, Gua tahu lu nak tolong gua, Cuma gua tak sanggup lagi nak potong rambut..

3. Lepas tu, Beberapa hari lepas si Akmal Wechat gua, Beb kau kerja mana sekarang, Jom datang Johor, Next week Insyallah aku buat majlis solat hajat sikit, nak rasmi pembukaan Kedai Bakery aku.. kau kalau nak jom la kerja kat sini, Bukan maksudnya kerja ngan aku, jadi Manager kat sini lah, Aku takde orang nak urus sangat, memandangkan aku tengah continue master ni, Kira sekarang kakak ipar aku yang tolong handle, dia pun dah nak dekat bersalin ni, pasal rumah tayah risau, kau duduk dengan adik aku, adik aku pun tengah study lagi, kira jarang lekat kat rumah.. rumah tu ada satu lagi bilik kosong kira nanti korang tong-tong sewa je lah... beb seriously ni aku offer... Design kau memang superb beb... Aku tahu kau banyak idea....

4. Dan gua masih fikir-fikir-fikir dan fikir... Bukan sebab gua sayang nak tinggalkan kerja sekarang, memandangkan ramai pekerja lama yang dah berhenti, yang masuk semua budak baru dan agak tak reti bahasa kat kedai gua ni, so banyak la nak kena ajar.. ingat gua suka sangat ke nak mengajar orang ni, tambah pulak yang di ajar tu kurang hajar dan reti nak melawan jer. kadang gua cakap "lantaklah" janji gua pegang cashier sale ada cukuplah.. memandangkan dalam kedai tu semua dah tua dan gua paling muda, so gua hormat diorang..

5. Kadang gua stress kerja, stress sebab kerja gua orang ubah-ubah... Gua bukan nak cakap gua ni pandai handle kedai, tapi gua dekat situ dah hampir 3 tahun, Ape yang mempercepatkan kerja, ape yang melambatkan kerja semua gua dah khatam dalam kepala hotak ni, so pada yang baru kerja tu no need lah nak cuba ubah itu letak sana ini letak sini.. kadang makin lambat ada, so service pun jem kat belakang.. bila service jem, gua yang kena maki dengan costumer kat depan, dan akibatnya adalah benda yang tak baik akan berlaku....

6. Harini lagi sekali gua rasa down gila nak pergi kerja, rasa malas nak tengok muka yang sorang tu.. mana tak stress satu hari penat kerja, datang je dia, kenapa cermin tak lap, kenapa pintu kotor, kenapa lantai berminyak... bukan tanak buat, kadang tak sempat... otak dah penat kena marah pulak mana tak sentap wei... bukan besok takde yer dak, sebelom buka kedai touchup la dulu... why they never try to put their self on my shoes... karang aku cakap pedas-pedas cakap budak ni kurang hajar.. SABAR JER DULU.



7. Mungkin lepas raya, ya lepas raya gua nak bagi keputusan.... Sama ada nak terus kerja kat sini dengan tetiap hari kena dengan kata-kata kesat macam buah langsat kelat, ataupun nak ke johor jaga kedai si Akmal tu mahupun terima je tawaran Dak Azuwan dekat hotel tu... Masa masih panjang, dan kemungkinan ada yang berubah tak siapa tahu...

Orang sekarang tak tanya kau kerja ape, sandang jawatan ape, tapi orang tanya GAJI kau berapa, zaman sekarang kerja kat mana-mana pun sama jer, janji gaji yang ditawarkan tu memadai dengan keringat yang kita keluarkan. dan gaji tu HALAL. Dapat bagi mak ayah sekeping dua cukuplah bagi gua. kalau tanya siapa nak kaya, semua nak kaya yer dak..? Nak kaya kena lah ada usaha, bukannya berusaha untuk menjatuhkan periuk nasi orang lain demi kepentingan diri sendiri. Ingatlah harini kita ambil rezeki orang, esok-esok tuhan ambil rezeki kita, tidak kena pada kita mungkin pada anak kita. Jadi usah di tanya kenapa anak kita tak berjaya macam mana anak orang lain.

"YOU ARE WHAT YOU EAT"

April 17, 2013

Ibu Maafkan Aku

Salam semua...

Dear bloggy...... korang semua sehat..?

Minggu ni gayannya macam selow sangat penglibatan gua dalam menulis-menulis ni.. paling pun gua curah je dekat facebook, Ramai yang tanya kenaka kenapa aku tak tulis blog, takde idea ke..? bukan takde idea yu'olls memandangkan minggu ni agak bizi sikit, balik kerja pun lewat malam je, so masa nak menulis tu takde... so gua habiskan masa dengan membaca blog orang jer, blogwalking dan jadi silance reader... so korang jangan ingat gua tak baca ape yang kengkorang tulis tu..

Semalam ada member gua tanya,
aku tengok kau ni asal nak pergi kerja mesti bergayut dulu,
memula kau call pakai enset samsung, tapi kejap je..
lepastu kau call pulak pakai bllackberre blackberry yang tu pasti lama..
nak kata kau call awek kau, tak mungkinlah..
cakap kemain lemah gemalai


pastu OTW nak balik kerja mesti kau gayut lagi..
Bro... awek ni jangan dok manjakan sesangat,
nanti berlemak, karang bila dah berlemak nak didik susah..

Gua cakak kat dia, gua cakak kat dia...
kalau kita nak beli buku jangan tengok pada kulitnya sahaja,
jangan baca pada sinopsisnya sahaja
kerana jalan cerita mungkin berbeza walaupun begitu yang kita nampak.

Pagi sebelum gua call mak gua, gua akan call daddy dulu
"Assalamualaikum ayah, ayah sihat..? ayah tengah kerja ke..? "
kadang dengan daddy gua tak banyak benda nak sembang,
cukuplah gua bagi salam dapat dengar suara dia, tahu dia sihat,
lepastu baru gua call mummy..

Sebab tu kau nampak gua pakai 2 enset buat call, sebab daddy pakai number maxis,
kata nak berjimat cermat kan..? gittew kau...
dekat blackberry gua pakai digi call mummy sebab mummy pakai digi
so berlaku la penjimatan disitu...
engko paham tak ni aku dok cherita...?



Malam Call mummy lagi sekali sebelum diorang tidur,
selalunya waktu malam mummy selalu bagi nasihat
selalu pesan memesan
jangan dok buat jahat kat orang tak tentu pasal,
Selalunya waktu malam banyak unsur agama kami borakkan
"mak aku dah macam Ustazah Baiyah dah ko tahu tak..!"

korang ni kalau tak kenal gua janganlah dok menilai dari ape yang korang nampak, dari ape yang korang dengar, walaupun gua tak boleh jadi baik pada kawan-kawan atlease gua masih ada mak ayah yang perku perlu gua jaga, yang perlu gua jadi baik kat mata diorang.. Hidup ni simple kita hormat mak ayah kita, pasti orang sekeliling kita hormat kat kita, "ni mak aku pesan tau"

Ni cerita dari Mama:

Seorang pemuda ni sangat taat pada kedua orang tua dia, hari-hari kalau boleh dia akan call mak @ ayah dia walaupun sekejap bagi salam cakap sepatah dua, Tapi suatu hari dia terlupa..

Pemuda ni ada sebuah restoran besar kat area KL, Tapi pada hari tersebut takde sorang pun pelanggan yang datang makan, Dari pagi sampailah ke asar, takde orang datang... Lepas tu datang seorang pengemis tua, dia datang minta air kosong sebab dahaga, pemuda itu menyuruh pakcik tu makan, tapi pakcik tu cakap dia takde duit, "Takpe saya belanja"

Lepas pakcik tu selesai makan, Pakcik tu tanya, anak ni ada terlupa sesuatu hari ni, sebabtu takde orang datang makan, cuba ingat balik apa yang anak lupa, lalu pengemis tu berlalu.. selesai solat asar baru pemuda tu teringat yang dia lupa nak call mak @ ayah dia pagi tadi.. lepas call mak dia baru dia tahu kenapa, Mak ngan ayah dia kat kampung risau kenapa anak dia tak call hari ni, mak dia risau kalau berlaku ape-ape kat anak dia.. lepas call mak dia, barulah datang pelanggan tak putus-putus..

kalau korang tak paham sinopsis gua ni baca la sampai lapanbelas kali kasi paham... hahahahaha..

Jadi gua nak simpulkan kat sini berdosa seorang anak itu kalau dia buat mak ayah kat kampung tu risau keadaan anak dia yang jauh di perantauan..call la tanya khabar walaupun hanya bagi salam... kerana doa seorang ibu mampu menggugurkan dosa kecil kita dan memurahkan rezeki kita. Gua nak cerita bab agama takde la pandai sangat.. cuma gua nak kongsi supaya kita semua dapat pahala..

Dah macam novel gua mengarang memalam buta ni, harap pada yang kemaruk nak baca blog gua ni dapat la sikit sebanyak manfaat, kita share-share la ye... her her her..

"Gua syak la kan, kalo korang tetibe call mak korang pepagi buta tanya khabar sebab selama ni tak pernah tanya mesti mak korang cakap cam ni, dah nak mati ke anak aku ni" hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...